Kampong Kupang ialah sebuah kampong yang terletak di Daerah Tutong di bawah Mukim Keriam. Kampong ini terletak bersebelahan dengan Kampong Katimahar di sempadan barat Daerah Brunei dan Muara dan merupakan kampong pertama yang anda akan jejaki sekiranya anda memasuki Daerah Tutong (melalui Jalan Tutong). Kini, Kampong Kupang diketuai oleh Awg Hj Puasa bin Hj Kula bermula September 2007 sehingga kini.
Peta Kampong Kupang yang diambil dari Google Map.
(klik gambar untuk gambar lebih jelas)
Kampong Kupang memiliki lebih kurang 2,100 orang penduduk dan Majoriti penduduk kampong ini ialah berbangsa Melayu dan beragama Islam serta terdiri daripada puak Kedayan.
Terdapat pelbagai sumber yang menyatakan mengenai asal usul puak Kedayan. Puak Kedayan merupakan salah satu daripada tujuh puak jati masyarakat Brunei. Puak Kedayan secara tradisinya beragama Islam dan belum ada yang menganut agama selain daripada agama Islam. Puak Kedayan juga merupakan peribumi anak jati kedua terbesar di Brunei Darussalam.
Ada satu sumber mengatakan bahawa Kedayan merupakan bangsa campuran orang Jawa dan Masyarakat Melayu Brunei yang mana peristiwa Sultan Brunei Ke-5 iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521) yang rajin singgah di tanah nusantara seperti di kepulauan Jawa, Sumatera, Kalimantan dan termasuklah tanah Filipina. Di tanah Jawa, baginda berpeluang melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan mereka ini dikenali dengan jadi bertanam (hasil tangan mereka yang banyak membuahkan hasil), maka baginda pun segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei.
No comments:
Post a Comment